Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Tag: "ladap"

Papar Artikel

LADAP MENGGUNAKAN APLIKASI GOOGLE MEET SEMPENA PDPR

SMAKT, 31 Januari 2021 : Sedang berlangsung secara maya Tutorial Menggunakan Aplikasi Google Meet sempena PdPr. Taklimat ini disasarkan kepada semua guru-guru dan telah disampaikan oleh Cikgu Nurul Hafizah binti Abd Sukor.

Semoga segala usaha yang di laksanakan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua guru agar PdPr dapat dilaksanakan sebaiknya. 

Tag: 2021 ladap

Papar Artikel

LADAP SIRI 2 (OUTDOOR AKTIVITIES)

Latihan Dalam  Perkhidmatan (LADAP) adalah untuk merangka aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan kemahiran guru di sekolah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk merangka latihan yang bersesuaian untuk guru agar sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran dalam pendidikan alaf 21. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan amat besar dan penting dalam merealisasikan kecemerlangan para pelajar.
 
Justeru itu, pada tarikh 6 April 2019 yang lalu, guru-guru...

Tag: 2019 ladap

Papar Artikel

LADAP SIRI 2 (INDOOR)

SMAKT - Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) siri 2 bagi guru-guru dan kakitangan sekolah ini telah berjaya diadakan pada 6 April 2019 (Sabtu) yang lalu. Kursus ini telah diadakan di Asia Camp Resort, Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut Pahang. 

Bagi siri LADAP kali ini, pihak sekolah dengan berbesar hati telah menjemput Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang iaitu Encik Saruchi bin Sawal, AMP. Ceramah yang disampaikan...

Tag: 2019 ladap

Papar Artikel

LADAP SIRI 1

SMAKT – Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) siri 1 bagi guru-guru dan kakitangan sekolah ini telah berjaya diadakan pada pukul 3.00 petang pada 4 April 2019 (Khamis) yang lalu, bertempat di Dewan Al-Abqari SMAKT. Taklimat LADAP ini telah disampaikan oleh tuan pengetua SMAKT iaitu Ustaz Zaidi bin Ismail.
 
Kursus LADAP kali ini lebih tertumpu kepada bagaimanakah cara untuk membuat semakan  terkini sukatan mata pelajaran yang telah diajar secara individu yang lengkap dan sempurna....

Tag: 2019 ladap