Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LADAP 2018

SMAKT -  Bertempat di Dewan Al-Abqori SMAKT, seramai 110 orang peserta yang terdiri dari kalangan guru-guru dari lima buah sekolah agama (SMA Al-Khairiah, SMA Al-Wosto, SMA Pelangai, SMA Guai dan SMA Chenor) telah pun berkumpul seawal jam 8.30 pagi bagi menjayakan program LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan). Ia telah diadakan pada 10 Februari 2018 (Sabtu) yang lalu.

Tajuk LADAP pada kali ini ialah Cabaran Guru Masa Kini yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Kamarozaman Bin Abd Razak selaku Presiden NUTP Malaysia. Adalah diharapkan ladap kali ini dapat memberi info yang jelas dan ilmu yang berguna pada guru-guru. LADAP telah berakhir pada pukul 1.30 tengahari dengan sesi jamuan tengahari.

Antara objektif utama LADAP tersebut adalah:
1)      Memberi pendedahan kepada guru-guru tentang isu-isu semasa dalam dunia perguruan.
2)      Menjelaskan kepada guru-guru faedah menyertai NGO seperti Kesatuan Guru.
3)      Menjelaskan faedah menyertai insuran takaful di bawah NUTP.
4)      Menjelaskan faedah menyertai insurans Darul Jenazah.

 

Tag: 2018 ladap smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini