Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KELAS INTENSIF STAM BAGI MATA PELAJARAN TAUHID DAN MANTIQ

Kelas Intensif STAM bagi mata pelajaran tauhid & mantiq telah berjaya dilaksanakan di Bilik Media 2 pada 7 Julai 2019 (Ahad) yang lalu. Ustaz Haikal bin Apeloh dari Maahad As-Sultan Ahmad Shah Addini merupakan penceramah jemputan kali ini.
 
Objektif utama program ini adalah untuk mengukuhkan lagi kemahiran pelajar dalam menguasai ilmu tauhid dan mantiq. Aktiviti yang telah dijalankan antaranya perbincangan jawapan bagi soalan-soalan yang lepas serta penerangan teknik menjawab soalan dengan betul. Ustazah Zaliha bt Ishak turut hadir selaku guru mata pelajaran tauhid dan mantiq STAM. Kelas ini telah bermula pada puku 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang.
 

Tag: 2019 stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini