Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KEMERIAHAN LARIAN AL-KHAIRIAH TAHUN 2020

SMAKT, 22 Januari 2020(Rabu) –Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh (SMAKT) telah mengadakan Kejohanan Larian Al-Khairiah. Larian Al-Khairiah ini telah melibatkan semua pelajar SMAKT.

Kejohanan Larian Al-Khairiah ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Lelaki & Perempuan. Program ini adalah merupakan salah satu dari aktiviti Kokurikulum di Peringkat Sekolah. Selain dari larian, acara sukan (28-31 Jan 2020) dan ilmiah (30 Jan2020) akan menyusul kemudian. 

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mencapai sasaran 1 Murid 1 Sukan di samping dapat mencungkil bakat-bakat baru serta memupuk minat pelajar sekolah untuk terus bersukan. Ia juga bertujuan untuk menyiapkan diri pelajar yang akan bertanding di Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Negeri Pahang (MASISUPA) di peringkat Zon dan Pusat. 

Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan bagi aktiviti-aktiviti Kokurikulum akan datang.

 
Tentatif Program:
8.00       - Bacaan doa dan selawat
8.15       - Aktiviti pemanasan badan
9.00       - Larian
10.30     - Makan
              - Bersurai

Tag: 2020 Ko-Kurikulum

0 komen

Sila berikan komen anda di sini