Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SUNTIKAN PELALIAN HPV

SMAKT – Seramai 116 orang pelajar perempuan dari tingkatan 1 sesi 2018, telah diberikan satu  taklimat mengenai suntikan pelalian Human Papiloma Virus (HPV). Taklimat ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh sebelum para pelajar menerima suntikan tersebut. Suntikan ini telah diberikan kepada pelajar pada hari Isnin bersamaan 12 Mac 2018 di Bilik Kesihatan SMAKT. 

Pelalian yang diberi adalah untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut: Suntikan pertama – tarikh pelalian pertama diberi di sekolah. Suntikan kedua – satu (1) bulan selepas suntikan pertama. Suntikan ketiga – enam (6) bulan dari suntikan pertama. Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Tag: smakt kesihatan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini