Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2017

SMAKT -  Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar 2017 telah berjaya diadakan pada 11 Ogos 2018 (Sabtu) bersamaan 29 Zulkaedah 1439H yang lalu. Majlis ini diadakan selepas Mesyuarat Agung selesai dijalankan.

Majlis penyampai hadiah ini telahpun dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN, selaku wakil rasmi kepada YAB. Dato’ Sri Hj. Wan Rosdy b. Wan Ismail. SSAP., DSAP., DIMP., SMP., AMP. 

Penerima hadiah cemerlang ini terdiri daripada 25 orang pelajar cemerlang PT3 (11A hingga 7A), 83 orang pelajar cemerlang SMA (Mumtaz), 20 orang pelajar cemerlang SPM (10A hingga 7A) dan 10 orang pelajar cemerlang STAM (Mumtaz & Jayyid Jiddan). 

Ucapan tahniah kepada semua para pelajar yang telah menerima anugerah tersebut. 

Agenda Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar 2017.
Ø    Ketibaan Perasmi :
       YAB. Dato’ Sri Hj. Wan Rosdy b. Wan Ismail. (SSAP., DSAP., DIMP., SMP., AMP.)& dif-dif Jemputan.
Ø    Bacaan Doa.
Ø    Bacaan Al-Quran.
Ø    Ucapan Pengetua.
Ø    Ucapan Yang Dipertua PIBG.
Ø    Ucapan Perasmian.
Ø    Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar 2017.
Ø    Bacaan Doa & Bersurai.

Tag: 2018 smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini