Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2017

Tarikh 16 Mei di pilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang di kenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak dari hari itu. 

Antara tujuan sambutan hari guru diadakan adalah untuk memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru-guru dan meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. Manakala tema hari guru pada tahun ini adalah Guru Pembina Negara Bangsa. 

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah juga tidak mahu ketinggalan untuk mengadakan sambutan hari guru diperingkat sekolah. Semua guru-guru dan pelajar telah terlibat dalam menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru pada kali ini. Majlis ini telah diadakan di Dataran Al-Muttaqin. 

Seawal jam 7.30 pagi semua para pelajar dan guru-guru telah berkumpul di tapak perhimpunan. Pelbagai acara telah diatur bagi melancarkan lagi perjalanan majlis tersebut antaranya bacaan Yassin, bacaan ikrar guru, nyanyian lagu hari guru, memotong kek dan persembahan pelajar. Majlis Sambutan Hari Guru pada kali ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Yayasan Pelancongan Negara dan juga selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia.

Selepas rehat dan menikmati jamuan ringan, acara explorace untuk guru-guru telah mengambil alih. Pada acara ini, semua kumpulan telah diberi task masing-masing dan dilepaskan untuk bergerak dalam kumpulan bagi menyempurnakan tugasan yang diberi. Walaupun kepenatan dan bermandikan peluh, masih lagi terpancar keceriaan dari raut wajah guru-guru yang begitu bersemangat untuk menyiapkan semua 10 tugasan yang diberi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan makan tengahari serta upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara Explorace. Tahniah bagi kumpulan yang berjaya. 

Kemudian menyusul pula acara cabutan bertuah dan juga penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan. Sebelum bersurai, GPK I iaitu cikgu Sofian Bin Sulaiman telah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua AJK Hari Guru yang telah berjaya melaksanakan Hari Guru pada kali ini. “ SELAMAT HARI GURU “ 

Tag: Majlis Sambutan Hari Guru 2017 smakt Aktiviti hari guru

0 komen

Sila berikan komen anda di sini