Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PENGUMUMAN DAN PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) 2022

SMAKT | JUMAAT | 17 MAC 2023/ 25 SYAABAN 1444H 

Seramai 61 orang pelajar telah berjaya memperoleh keputusan Mumtaz dalam Peperiksaan SMA 2022. Keputusan keseluruhannya seramai 18 orang (9 Mumtaz), 9 orang (8 Mumtaz), 12 orang (7 Mumtaz), 3 orang (6 Mumtaz) dan seorang (5 Mumtaz). Manakala sSeramai 30 orang memperoleh  Jayyid Jiddan, 35 orang Jayyid dan 9 orang Maqbul. 

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah juga  telah mencatatkan peningkatan gred bagi Peperiksaan SMA kali ini dengan mencatatkan GPS 2.46 berbanding tahun lalu 3.39 dan menjadikan sekolah ini tempat keempat daripada 18 buah Sekolah Agama Negeri di Pahang.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Program itu telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PIBG iaitu YB Hassanuddin bin Salim.

Tag: 2023 Keputusan Peperiksaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini