Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM ANAK PERHATI 2018

SMAKT – 13 April 2018, Jumaat : Satu Program Bersama Anak Perhati (Anak Permata Hati) telah berjaya diadakan selepas perhimpunan pagi di Dataran Al-Muttaqin. Sasarannya adalah kepada anak-anak yatim dari tingkatan 4 dan 5 sahaja. Pada tahun ini seramai 26 orang pelajar telah terpilih untuk program ini. 

Program Anak Perhati ini adalah di bawah naungan Kebawah Duli Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Haj Tengku Mahkota Pahang dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. 

Bilangan koordinator di SMAKT seramai tiga orang iaitu Ustazah Suriyati Binti Kaspan (S/U), Ustazah Noraniza Binti Dollah dan Ustazah Zaidah Binti Husin.

Tag: 2018 Program PERHATI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini