Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

HARI PELAPORAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018

SMAKT - Hari Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi tingkatan 1 hingga tingkatan 6 telah berjaya dijalankan pada 27 Julai 2018 (Jumaat) yang lalu. Ianya merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah dan menjadi medan pertemuan di antara guru, pelajar dan ibu bapa bagi membincangkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Kehadiran ibu bapa dan  penjaga amat menggalakkan.

Dengan adanya program seperti ini, ibu bapa bukan sahaja dapat mengetahui prestasi anak-anak mereka, malah dapat juga berbincang apakah cadangan pembaikan atau usaha yang boleh dilakukan untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan yang lebih baik. 

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya dan jangan berputus asa bagi pelajar yang belum memperolehi kejayaan. Jangan berputus asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci kejayaan.

Tag: 2018 Peperiksaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini