Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2017

26 April 2017, Rabu: Sekolah Menengah Agama Al-khairiah Temerloh telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dengan jayanya. Majlis yang sangat bermakna ini telah diadakan di Dataran Al-Muttaqin. Aktiviti tahunan sekolah ini adalah bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Hal ini secara tidak langsung dapat membakar semangat bagi pelajar berkenaan agar terus gigih berusaha. Dalam masa yang sama, diharapkan agar para pelajar yang lain dapat menjadikan ianya sebagai model untuk mereka lebih berjaya. 

Acara majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhammad Hafiz Bin Mahadi kemudian disusuli pula dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang telah disampaikan oleh Mohamad Amreel Iman Bin Abd Malek. Acara seterusnya ialah ucapan alu-aluan dari Tuan Pengetua SMAKT iaitu Tuan Haji Mohamed Anuar Bin Abdul Rahman, AMP dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tn Hj Syed Hamid Bin Syed Mohamed selaku yang DiPertua PIBG / Adun Kuala Semantan sekaligus merasmikan majlis tersebut.  

Majlis kemudian disajikan dengan persembahan nasyid sebelum acara kemuncak diteruskan iaitu acara penyampaiaan hadiah dan sijil dijalankan. Pelbagai kategori telah ditentukan bagi penerima hadiah kecemerlangan pada tahun ini. Seramai 96 orang pelajar telah menerima hadiah bagi kategori pelajar cemerlang peperiksaan Dalaman. Manakala bagi Kategori Peperiksaan Bersijil pula seramai 42 orang pelajar penerima hadiah PT3,  44 orang pelajar Mumtaz Sufi dan 56 orang pelajar Mumtaz bagi penerima hadiah SMA. Seterusnya peperiksaan SPM pula seramai 31 orang pelajar yang cemerlang 10A sehingga 5A serta seramai 2 orang pelajar Mumtaz dan 10 orang Jayyid Jiddan bagi penerima STAM. Penerima hadiah bagi kategori tokoh cemerlang dalam Kokurikulum dan Pelajar Cemerlang Tahfiz pula masing-masing telah dianugerahkan kepada 2 orang pelajar. Ustazah Hazana Bt Ghazali Dan Ustazah Faridah Bt Mohd Tahar telah dianugerahkan Tokoh Khas Guru Cemerlang Kokurikulum. Tahniah kepada semua yang berjaya.

Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan dengan lancar. Tuan pengetua turut mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak ahli jawatankuasa penganjuran majlis yang telah bekerja keras bagi memastikan majlis ini berjalan dangan lancar. 

Tag: Hari Anugerah Kecemerlangan Aktiviti Kokurikulum Kurikulum smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini