Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KEMPEN 5M "SAYANGI BUKU TEKS" TAHUN 2018

SMAKT – Pelancaran Kempen 5M Sayangi Buku Teks 2018 telah berjaya diadakan pada 1 Jun 2018 (Jumaat) yang lalu di Dataran Al-Muttaqin. Program 5M ini akan berlangsung sepanjang tahun bermula daripada bulan Februari sehingga bulan November 2018 dan sasaran utamanya adalah kepada semua  pelajar SMAKT. 

Objektif utama program ini antaranya adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya penjagaan buku teks,  untuk menyemai rasa cinta kepada buku teks dan juga untuk meningkatkan kualiti dan jangka hayat buku teks agar dapat digunakan dalam tempoh yang lama. 

Sepanjang kempen ini berjalan sepanjang tahun, aktiviti pemantauan buku teks akan sentiasa dilakukan oleh AJK SPBT bagi memastikan kempen ini berjaya dipatuhi oleh para pelajar.

Tag: 2018 spbt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini