Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL KECEMERLANGAN SPM 2018, DI ADTEC JERANTUT

SMAKT – Satu Bengkel Kecemerlangan SPM 2018 telah berjaya diadakan di ADTEC Jerantut, Pahang. Bengkel ini telah diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari tarikh 3hb hingga 5hb Ogos 2018 yang lalu. Sasaran bengkel ini tertumpu kepada 172 orang pelajar tingkatan 5 sahaja yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 

Objektif utama bengkel ini diadakan ialah bagi meningkatkan pencapaian pangkat A dan kualiti bagi setiap mata pelajaran yang diambil melalui teknik menjawab yang betul. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman pelajar tentang teknik menjawab soalan yang lebih berkesan dan efektif.

Diharapkan dengan adanya bengkel ini para pelajar dapat membina keyakinan diri bahawa mereka berpotensi untuk berjaya dalam pelajaran serta boleh menjadi individu, pelajar dan pemimpin yang berjaya.

Berikut adalah senarai penceramah yang dijemput khas untuk bengkel tersebut:

1)      Cikgu Noorfariza Hanim Bt Ghazali | SMK Datuk Bahaman | Biologi 
2)      Cikgu Rubiah Bt Mat Som | SMK Kuala Krau |  B.Inggeris 
3)      Cikgu En. Halimi B. Mokhtar | SMKA TAHAP | PSI
4)      Cikgu Fairuz Adibah Bt Sharif | SMA Al-Ehsan | PQS 
5)      Cikgu Mohd Sobri B. Mohd Rasid | SMK Jerantut| Matematik
6)      Cikgu Rahana Bt AbdRahman |  SMK PPP Tun Razak| Matematik
7)      Cikgu Saifuddin B. Abu Samah | SPBT Temerloh| B.Arab
8)      Cikgu Zulhisham B. Ismail | SMK Benta, K.Lipis| Sejarah
9)      Cikgu Zulkarnarnain B. Lep |SMK Abu Bakar | P. Akaun

Tag: smakt 2018 spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini