Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

PROGRAM TADARUS AL-QURAN DAN PERKONGSIAN ILMU OLEH BADAN DAKWAH DAN IBADAH (BADIB)

Program Tadarus Al-Quran di minggu terakhir persekolahan di Bulan Ramadan bertempat di Dataran Al-Muttaqin, SMAKT. 

Seusai Tadarus Al-Quran, Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) meneruskan aktiviti  dengan acara sesi perkongsian ilmu dan menjawab beberapa soalan kuiz. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menjawab soalan kuiz tersebut.

Program tadarus ini diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada hari Jumaat, 5 Mac 2024 bersamaan 25 Ramadhan 1445H.

Tag: 2024 Bulan Ramadhan

Papar Artikel

BANTUAN MASJID NEGERI KEPADA ANAK YATIM

30 MAC 2024 (SABTU) / 19 RAMADHAN 1445H

Seramai 42 orang anak yatim SMAKT telah menerima sumbangan bantuan dari Masjid Negeri Pahang, pada 29 Mac 2024 (Jumaat). Penyerahan Sumbangan telah disampaikan oleh Cikgu Zarina Binti Mohd Akhir selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM).



Tag: 2024

Papar Artikel

PROGRAM NUZUL AL-QURAN 2024

28 MAC 2024 (KHAMIS) / 17 RAMADHAN 1445H
 
Tempat : 
~ Surau Al-Hidayah, SMAKT (Lelaki)
~ Dewan Al-Abqari Dan Surau Fatimah Azzahra (Perempuan)
 
Anjuran : Biro Kerohanian Asrama SMAKT
 
Aktiviti : 
~ Ceramah Nuzul Al-Quran
~ Daie cilik
~ Nasyid
~ Melukis poster
~ Pertandingan hafazan
~ Tilawah Al-Quran
~ Pertandingan azan

Tag: 2024 Nuzul Al-Quran