Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

KELAS INTENSIF MATA PELAJARAN NAHU & SAROF UNTUK TINGKATAN 4

Kelas Intensif Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Nahu dan Sarof telah berjaya dilaksanakan di Dewan Al-Abqari pada 21 Jun 2019 (Jumaat) yang lalu. Kelas intensif ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Norhimah Binti Muda dari Sekolah Menengah Agama Guai, Temerloh. Ianya telah dijalankan seawal 3 petang dan berakhir pada kira-kira jam 5 petang.

Objektif utama program ini adalah untuk memantapkan lagi penguasaan mata pelajaran Nahu dan Sarof di kalangan pelajar. Ustazah Zuraina bt Zulkarnine selaku guru mata pelajaran nahu dan sarof turut hadir di seminar tersebut. 

Tag: 2019 SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini