Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LAWATAN KERJA SMA AL-WOSTO KE SMA AL-KHAIRIAH

Pada 25 Februari 2019 (Isnin) yang lalu, SMA Al-Khairiah telah menerima kunjungan istimewa dari warga SMA Al-Wosto bersempena dengan Lawatan Kerja. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut, Tuan Pengetua Al-Wosto iaitu Puan Siti Meriam binti Mohamad dan Cikgu Norhayati binti Sulaiman.

Objektif utama lawatan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan usahasama dan kerjasama dalam membersihkan dan menceriakan persekitaran sekolah. 

Semoga aktiviti lawatan kerja ini juga dapat memberi motivasi kepada para pekerja di kedua-dua buah sekolah.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini