Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAKLIMAT TALASEMIA

11 Januari 2018, Jumaat: Satu taklimat berkenaan Talasemia telah berjaya diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT pada jam 9.30 pagi. Sasaran taklimat ini adalah kepada semua pelajar tingkatan 4. Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Jururawat iaitu Puan Rosalinda dari Pejabat Kesihatan Temerloh.

Bagaimana Talasemia merebak?
 
Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia.

Tag: 2019 kesihatan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini