Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PELANCARAN 4K DAN TABUNG INFAQ RAMADAN

SMAKT | JUMAAT | 24 Mac 2023 / 2 Ramadan 1444H 
 
Telah berlangsungnya Majlis Pelancaran 4K dan Tabung Infaq Ramadan di Dataran Al-Muttaqin. SMA Al-Khairiah, Temerloh. 4K adalah singkatan daripada Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan dan Kerohanian. Program tersebut telah dimulakan dengan ucapan daripada Setiausaha 4K iaitu
Cikgu Rosliza bt Abd Ghani. 
 
Dalam pada itu, majlis tersebut turut merasmikan Tabung Infaq Ramadan bagi membantui warga asnaf SMA Al-Khairiah. Tabung tersebut diletakkan di kawasan yang strategik seperti di pejabat dan lain-lain dan berjalan sepanjang bulan Ramadan. 
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan pengetua, Dr Hj Saliturahim bin Alias.

Tag: 2023 IHYA' RAMADHAN

0 komen

Sila berikan komen anda di sini