Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

WACANA ILMIAH KUMPULAN PERKHIDMATAN PROFESIONAL JAIP

SMAKT – Seramai tujuh orang guru dari SMAKT telah menghadiri Majlis Wacana Ilmiah Kumpulan Perkhidmatan Profesional Jabatan Agama Islam Pahang -  Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2018. Majlis ini telah diadakan pada hari Khamis bertarikh 22 Mac 2018 yang lalu. Majlis ini telah diadakan di Dewan Auditorium, Pejabat Agama Islam Daerah Maran. Ianya dibawah anjuran Unit Akidah dan Syariah, Bahagian Penyelididkan, Jabatan Agama Islam Pahang. 

Terdapat 2 perkara yang telah dibentangkan dalam wacana kali ini iaitu mengenai Konsep Undang-Undang Jenayah Islam dan Hukuman Diyat Menurut Syara’. Penceramah jemputan untuk majlis wacana ilmiah kali ini dijemput khas dari Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM) iaitu Prof. Dr. Abdul Basir bin Mohamad.

Majlis penutup wacana ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN selaku Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri Pahang.

Senarai guru-guru yang telah menghadiri wacana:
  • Ustaz Zaidi Bin Ismail ( Tuan Pengetua )
  • Ustazah Kamariyah Binti Yusoff
  • Ustazah Noraniza Bt Dollah
  • Ustazah Rosidah Binti Abdul Latif
  • Ustazah Hapzan Binti Mohd Daud
  • Ustazah Siti Arma Binti Abdul Mutalib
  • Ustazah Aisyah Atiqah Bt Azieh


Tag: 2018 Wacana Ilmiah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini