Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MOH KE HARI TERBUKA IKTBN TEMERLOH

SMAKT – Sempena Hari Terbuka IKTBN Lanchang Temerloh, pihak sekolah telahpun menghantar wakil dari kalangan pelajar seramai 38 orang beserta 2 orang guru pengiring (Ustazah St Rahmah Binti Watak & Ustazah Zuraina Binti Zilkarnine) untuk bersama-sama menyertai program tersebut. 

Program ini telah diadakan pada 18 April 2018 (Rabu) dan bermula seawal 8.30 pagi sehingga jam 1.00 petang. Pelbagai aktiviti telah disediakan antaranya demonstrasi, pameran inovasi, jelajah workshop, taklimat peluang pendidikan di IKTBN dan lain-lain lagi.

Objektif utama menyertai program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar mengenai latihan-latihan kemahiran yang ada di peringkat diploma dan sijil di IKTBN seluruh negara. 

Tag: 2018 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini