Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL KIMIA SPM 2018

SMAKT – Satu Bengkel Kimia telah berjaya diadakan di Bilik Media 1 SMAKT pada 21 Julai 2018 (Sabtu) yang lalu. Bengkel ini adalah dibawah anjuran Panitia Kimia. Sasaran bengkel ini adalah kepada pelajar tingkatan 5A Ibnu Sina (Sains Tulin) seramai 28 orang yang mana mereka akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. 

Penceramah untuk bengkel kimia ini disampaikan oleh Cikgu Peong Binti Abdullah dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi  Temerloh. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada pelajar supaya boleh mengaplikasikan segala tips dan teknik cara menjawab soalan kimia dengan betul dan tepat ketika menjawab soalan-soalan mata pelajaran kimia untuk peperiksaan SPM nanti

Semoga segala usaha anak-anak pelajar semua akan beroleh kejayaan. 

 

Tag: 2018 spm bengkel

0 komen

Sila berikan komen anda di sini