Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAKLIMAT DIPLOMA MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

SMAKT – Satu taklimat mengenai pengambilan pelajar tahfiz Diploma Maahad Tahfiz Negeri Pahang sesi 2018/ 2021 telahpun diadakan pada 5 Mac yang lalu. Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT dan sasaran utama adalah kepada pelajar tingkatan enam (STAM). 

Tujuan taklimat ini diadakan adalah kerana pihak Maahad Tahfiz Negeri Pahang ingin mengwar-warkan bahawa mereka telah membuka permohonan kemasukan pengambilan pelajar baru bagi Program Tahfiz Diploma Sesi 2018/ 2021 kepada pelajar lepasan SPM. 

Para pelajar yang berjaya akan ditempatkan di kampus MTNP dan akan mengikuti kursus selama 3 tahun diatas tajaan penuh Yayasan Pahang dan kerjasama dengan JAKIM.

Bersama-samalah kita memartabatkan Al-Quran.

Tag: 2018 stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini