Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAHNIAH! SMA 2016 "Datang Penuh Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan"

29 Disember 2016, Khamis: Keputusan SMA yang telah pun diumumkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIP), Datuk Mohd Noor Abd Rani di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah. Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah sekali lagi telah berjaya merangkul sekolah terbaik dalam SMA Peringkat Negeri Pahang 2016 dan telah meletakkan sekolah itu sebagai sekolah terbaik selama empat tahun berturut-turut.

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah telah terpilih sebagai tuan rumah bagi mengumumkan keputusan SMA pada tahun ini adalah kerana, mempunyai bilangan calon paling ramai cemerlang iaitu seramai 101 orang dimana, seramai 44 orang memperolehi keputusan MUMTAZ SUFI dan seramai 57 orang pelajar memperolehi keputusan MUMTAZ. 

Turut hadir pada Majlis tersebut, Adun Semantan iaitu Syed Hamid Bin Syed Mohamad, merangkap YDP PIBG di sekolah ini dan KPP Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Ustaz Abu Bakar Mat Saad serta Kadi Daerah Temerloh iaitu Abd Aziz Abd Karim.

Kami dari semua warga SMAKT mengucapkan sekalung "Tahniah" kepada semua pelajar yang telah berjaya dan jangan "berputus asa" kepada yang kurang berjaya. Berusahalah untuk memperolehi satu "kejayaan" yang cemerlang dan berguna untuk masa hadapan.

Tag: smakt SMA 2016 Kurikulum Keputusan Peperiksaan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini