Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TEMUJI KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 KE KELAS TAHFIZ

3 Januari 2019, Khamis: Sesi temuji bagi kemasukan Kelas Tahfiz telahpun diadakan dengan jayanya di Bilik Media 2. Seramai 72 orang pelajar telah menghadiri temuji tersebut. Surah wajib yang perlu dihafal adalah terdiri dari juzuk 1 hingga 5. 
 
Walaubagaimanapun hanya 30 orang pelajar sahaja telah berjaya melalui saringan tersebut. Temuji pada tahun ini telah dihakimi oleh 4 orang guru yang terdiri daripada guru-guru tahfiz dan juga guru-guru Al-Quran. Semoga Allah permudahkan segala kesungguhan kalian dalam mendalami ilmu Al-Quran

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Amru Bin AlAsh r.a. dari Nabi, beliau bersabda:

“Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”

Senarai hakim Temuji Tahfiz 2019:
  • Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Azmy
  • Ustaz Mohammad Firdaus Bin Abd. Ghaffar 
  • Ustazah Nursyafiqah Bt Mohd Nasir
  • Ustazah Hazana Bt Ghazali 

Tag: 2019 Tahfiz

0 komen

Sila berikan komen anda di sini