Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL KECEMERLANGAN PECUTAN AKHIR SMA 2019

Seramai 213 orang pelajar tingkatan 4 mengikuti Bengkel Kecemerlangan Pecutan Akhir bagi Peperiksaan Sijil Menengah Agama yang telah dianjurkan oleh PETKA. Program ini telah bermula dari 30hb September dan akan berakhir pada 10hb Oktober 2019. Bengkel ini akan berjalan sepanjang sesi persekolahan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Penceramah untuk program ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bouth dari sekolah ini.
 
Program ini merupakan tentatif yang telah disusun oleh penyelaras tingkatan khususnya dan pihak sekolah bagi membantu pelajar-pelajar mengekalkan potensi kejayaan di dalam pelajaran melalui latihan menjawab soalan-soalan peperiksaan, sekaligus dapat membantu untuk meningkatkan pencapaian pelajar sehingga hari peperiksaan sebenar. 
 
Semoga segala usaha dan kesungguhan dari semua pihak akan membuahkan hasil yang cemerlang. 

Tag: 2019 SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini