Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA DAN BACAAN YASSIN

Majlis Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yassin telah dilaksanakan pada 13 September 2019 (Jumaat) sempena peperiksaan PT3, SMA, SPM dan STAM yang akan berlangsung pada bulan Oktober 2019. Majlis dianjurkan oleh PIBG dengan kerjasama Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh. Semua pelajar, guru dan ibu bapa calon telah dijemput hadir bagi menjayakan program tersebut.
 
Majlis dimulakan dengan solat hajat pada jam 8.30 pagi berimamkan Ustaz Abdul Hakam Bin Mohamed Tamizi. Kemudian diteruskan dengn bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Mohd Firdaus Bin Mohd Azmy. Setelah selesai bacaan Yassin, YDP PIBG iaitu Encik Hasanuddin bin Salim telah menyampaikan ucapan dan amanat kepada semua calon peperiksaan bersijil sesi 2019.
 
Seusai ucapan semua hadirin dijemput untuk  menjamu selera. Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan selesai pada pukul 10.00 pagi.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini