Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 4K DI PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

Majlis Pelancaran Program 4K di peringkat sekolah telah berjaya diadakan pada 4 April 2019 (Khamis) bertempat di Dataran Al-Muttaqin. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Temerloh iaitu Puan Jezlily Binti Jamaluddin, SMP. sambil diiringi GPK Pentadbiran dan Kurikulum iaitu Ustaz Badrul Hisham bin Abd Aziz dan GPK HEM iaitu Cikgu Zarina binti Mohd Akhir.

Majlis Pelancaran Program 4K merupakan program dan aktiviti  tahunan bagi Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah. Ianya merupakan satu program yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang kepada semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Pahang (SMAN). Program 4k ini merupakan satu kaedah yang perlu dilaksanakan ianya merangkumi keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kerohanian. Dengan adanya program ini akan dapat mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang lebih kondusif, bersih, ceria dan selamat disamping dapat menambahkan penghayatan agama dikalangan warga Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah.  

Objektif utama Program 4K  ini adalah bertujuan untuk memastikan warga sekolah dapat merasai suasana persekitaran sekolah yang lebih kondusif dan ceria. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan rasa tanggugjawab dan cintakan kebersihan, keceriaan dan keselamatan dikalangan warga sekolah.


Tag: 2019 Pelancaran 4k

0 komen

Sila berikan komen anda di sini