Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN KEPUTUSAN CEMERLANG SPM 2019

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 telah diumumkan pada 5 Mac 2020 di seluruh negara. Seramai 59 orang dari 172 orang pelajar SMAKT telah memperoleh keputusan cemerlang SPM 2019 dengan keputusan 9A hingga 5A. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2019. Usaha dan pengorbanan anda telah menghasilkan satu kejayaan yang cukup bermakna kepada anda, keluarga dan pihak sekolah.  

Keputusan SPM 2019:
9A - 4 orang
8A - 2 orang
7A - 15 orang
6A - 21 orang
5A - 17 orang

GPS
2019 - 3.83
2018 - 3.27
selisih - 0.56


Tag: 2020 spm

0 komen

Sila berikan komen anda di sini