Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

Papar Artikel

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2025

SMAKT | 12/02/2026 | KHAMIS | 24 SYAABAN 1447H

Alhamdulillah Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Akhir Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Isnin, 9 Februari yang lalu di Dataran Al-Muttaqin SMAKT. Tahniah kepada semua pelajar cemerlang. Tahniah kepada para pelajar di atas daya usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran, ternyata segala usaha dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil. 

Tag: 2025 Penyampaian Hadiah

Papar Artikel

CERAMAH BANTERAS BULI & GANGGUAN SEKSUAL : TANGGUNGJAWAB BERSAMA

SMAKT | 06/02/2026 | JUMAAT | 18 SYAABAN 1447H


Satu ceramah kesedaran berkaitan isu buli dan gangguan seksual telah berjaya dilaksanakan pada hari ini bagi memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga keselamatan diri serta membina persekitaran sekolah yang selamat dan harmoni. Ceramah ini telah disampaikan oleh Insp Mohd Hilmi bin Ismail, selaku Ketua Cawangan Operasi Pencegahan Dan Koordinasi Sumber Sokongan, Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, IPD Temerloh.

Tag: 2026 Buli

Papar Artikel

MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SMA 2025

SMAKT | 06/02/2026 | JUMAAT | 18 SYAABAN 1447H

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru-guru SMA. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar serta menghargai usaha gigih warga pendidik dalam merealisasikan kecemerlangan akademik. Pada tahun ini seramai 15 orang pelajar telah mendapat mumtaz sufi, 30 orang mumtaz, 32 orang jayyid jiddan, 33 orang jayyid dan 18 orang makbul. 

Tag: 2025 SMA

Papar Artikel

MAJLIS PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) NEGERI PAHANG TAHUN 2025

SMAKT | 06/02/2026 | JUMAAT | 18 SYAABAN 1447H

Alhamdulillah tahniah dan syabas diucapkan kepada 10 orang pelajar dari SMAKT yang telah berjaya memperoleh mumtaz bagi semua mata pelajaran. Mereka telah diraikan dalam satu majlis yang diadakan di SMA Al-Khairiah Temerloh bersama 49 orang pelajar  sebagai penerima keputusan mumtaz sufi bagi peperiksaan SMA 2025. SMA Al-Khairiah telah mencatat GPS 2.42  pada tahun ini berbanding 2024 GPS 2.33. 

1) Muhammad Aqil Amsyar Bin Abdullah
2)...

Tag: 2025 SMA