Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

AMANAT PENGETUA

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya memberi kekuatan dan keyakinan maka Laman Web Rasmi Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, Temerloh dapat memainkan peranan memberi maklumat berkaitan sekolah ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan Laman Web Rasmi sekolah ini.

Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, Temerloh merupakan institusi pendidikan di bawah Kerajaan Negeri Pahang. Sekolah ini menawarkan ilmu naqliah dan ilmu aqliah dalam pendidikannya. Gabungan ilmu naqliah dan ilmu aqliah yang disampaikan akan melahirkan pelajar yang memenuhi tuntutan Islam. Semoga melalui kurikulum yang dilaksanakan oleh Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, Temerloh mewujudkan pelajar yang berilmu dan gaya hidupnya mengikut ajaran Islam. Juga diharapkan sistem pendidikan bersepadu ini juga memberi peluang yang luas kepada pelajar dalam memilih jurusan pengajian dan pekerjaan.

Untuk merealisasikan pendidikan di sekolah ini, falsafah Pendidikan JAIP menjadi pegangan iaitu “ Satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu dan penghayatannya berunsur al-ulum, al-funun, al-tarbiah bagi menjadikan yang dididik itu dapat dicanai rohani,jasmani dan inteleknya melalui ta’lim, tamrin dan riadah serta membentuk hubungan mesra dengan muta’alim, mu’alimin, ulama dan allamah yang dapat mencapai hasanah di dunia dan di akhirat.

Akhirnya, semoga Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, Temerloh menjadi sebuah institusi pendidikan yang memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.

 
Dr. Haji Saliturahim bin Alias
Pengetua 
Sekolah Menengah Agama Al Khairiah, 
28000 Temerloh 
Pahang Darul Makmur

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah pada asalnya adalah sebuah sekolah agama rakyat yang dikenali sebagai Madrasatul Al-Khairiah. Ia diasaskan pada tahun 1927 bersamaan 1348H oleh Syarikatul Khairiah. Penubuhan sekolah ini telah diilhamkan oleh Allahyarham Tuan Haji Mohamed Sidin bin Haji Mohd Salleh dan rakan-rakannya.
 
Bangunan asal sekolah ini ialah sebuah rumah kayu beratapkan zink  yang berukuran 20x40 kaki dan mempunyai  3 orang tenaga pengajar dan 60 orang pelajar sahaja. 

Pada awal 60an, sekolah ini mempunyai bangunan 2 tingkat separuh papan/batu, sekarang telah dijadikan padang permainan. Pada tahun 1967, sekolah ini telah diambil alih Kerajaan Negeri  Pahang  dan diletakkan  di bawah Pentadbiran Jabatan  Agama Islam Pahang.

Sejak diambil alih oleh Kerajaan Negeri Pahang, sekolah ini terus berkembang dari tahun  ke  tahun. Pada tahun 70an, Kerajaan Negeri telah mendirikan 3 blok bangunan baru (tapak sekarang). Di mana 2 blok untuk menempatkan kelas, pejabat, perpustakaan dan bilik guru, manakala 1 blok lagi untuk menempatkan kantin dan kelas.

Pada tahun 1986, satu blok bangunan ditambah berikutan wujudnya tingkatan 6. Manakala pada tahun 90an,  satu lagi blok bangunan untuk menempatkan kelas dan bilik guru telah dibina. 

Sebelum ini, SMA Al-Khairiah terpaksa mengadakan dua sesi persekolahan kerana bangunan  yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Namun begitu atas inisiatif PIBG dan pentadbiran sekolah serta JAIP, maka 2 blok bangunan baru telah dibina di tapak padang bola sepak. Maka, mulai 2 Januari 2007 persekolahan satu sesi telah dijalankan. Bangunan  baru ini diserahkan kepada pihak sekolah pada 12 Mac 2007.

Asrama telah dibina pada tahun 1971. Bermula dengan Asrama Puteri pada tahun 1971, Asrama  Yayasan tahun 1981 dan Asrama PIBG pada tahun 1980.  Selain itu, terdapat Asrama Perdana yang terletak agak jauh dari sekolah yang menempatkan pelajar lelaki sekarang.

Ekoran pertambahan pelajar yang semakin meningkat telah menarik perhatian pihak JAIP untuk menambah bangunan baru bagi Asrama Puteri2 pada tahun 2004.

 


MISI DAN VISI


MISI

MELAHIRKAN UMMAH YANG BERIMAN DAN BERTAQWA MELALUI PENDIDIKAN YANG BERKUALITI BERLANDASKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.


VISI

MENJADI INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA ISLAM YANG TERUNGGUL DEMI KESEJAHTERAAN UMMAH MENJELANG 2030.

                         
 

 

 


 



MATLAMAT


MELAHIRKAN INSAN BERTAKWA DENGAN MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI SEPERTI BERDISIPLIN, BERTANGGUNGJAWAB, BERDIKARI DAN BERDAYA SAING DALAM ASPEK KEHIDUPAN BAGI MEMENUHI TUNTUTAN DUNIA DAN AKHIRAT DENGAN CEMERLANG.

WAWASAN SMA AL-KHARIAH

SMA Al-Khairiah sebuah Institusi Pendidikan Agama yang cemerlang dalam aspek pengurusan dan pentadbiran, prasarana, kurikulum, kokurikulum dan seluruh anggotanya 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berusaha memberikan perkhidmatan terbaik bagi memastikan PELAJAR-PELAJAR kami mendapat didikan dan kejayaan cemerlang serta diredhai Allah.

“Kami berusaha menyemai Akidah Islamiah dengan secukupnya kepada pelajar-pelajar”.

 “Kami berusaha akan member pendidikan Islam yang sebaik-baiknya kepada pelajar- 

pelajar”.

 “Kami berusaha menyediakan dan member pembelajaran dan pengajaran akademik yang secukupnya kepada pelajar-pelajar”.

 “Kami sediamemberi layanan yang selesa dan menyediakan perkhidmatan yang  sebaik-baiknya kepada penjaga dan pelajar”.

 “Kami berusaha bekerja dengan masyarakat, jabatan-jabatan kerajaan/swasta dan
institusi yang bersesuaian”. 

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi SMA al-Khairiah, Temerloh

MAKLUMAT GURU SMAKT

  1)      DR SALITURAHIM BIN ALIAS | PENGETUA
  2)      USTAZAH ROBIAH BINTI IBRAHIM  | GPK PENTADBIRAN & KURIKULUM
  3)      CIKGU ZARINA BINTI MOHD AKHIR | GPK HEM
  4)      USTAZAH SITI NORA BINTI HARUN | GPK KO-KURIKULUM
  5)      USTAZ AHMAD KASHAFI BIN SALEH
  6)      USTAZ AIMANUDDIN BIN NASARULDIN
  7)      USTAZ HAIKAL ADHA BIN ROSLI
  8)      USTAZ HAMZAH BIN AGUS
  9)      USTAZ HUSSAIN BIN YUSOF
 10)     USTAZ JAMALUDDIN BIN MUHAMMAD
 11)     USTAZ MOHD SAIFULBAHRY BIN DOLAHSAJAT
 12)     USTAZ MUHAMAD SANIZAM BIN MOHAMAD AMYAH
 13)     USTAZ MUHAMMAD AIZAT HAFIZI BIN ZULKFLE
 14)     USTAZ MUHAMMAD KHAIRUL HAKIMI BIN MOHD ROSLI
 15)     CIKGU MUHAMMAD YUSAINY BIN MOHAMAD YUNUS
 16)     USTAZ NOR AZRI BIN ZAINAL ABIDIN
 17)     USTAZ SUHAIMI BIN MOHD SHARIF
 18)     USTAZ SYED BADRILLAH BIN SYED MOHAMAD
 19)     CIKGU ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD
 20)     USTAZAH A’ISYAH BINTI IBRAHIM
 21)     USTAZAH AINU AZYAN BINTI AL PANSURI
 22)     USTAZAH FARIDAH BINTI MOHD TAHAR
 23)     USTAZAH HAMISAH BINTI YUSOFF
 24)     USTAZAH HAPZAN BINTI MOHD DAUD
 25)     USTAZAH HASLINA BINTI ALIAS
 26)     USTAZAH HASNA’ KHALED KAYALI
 27)     USTAZAH HAZANA BINTI GHAZALI
 28)     USTAZAH KHAULAH BINTI RAMIZU
 29)     USTAZAH MEJIDAH BINTI MUSTAFAR
 30)     USTAZAH MUSLIMAH BINTI BAKAR
 31)     USTAZAH NAJIHAH BINTI ZAKARIA
 32)     USTAZAH NOR AINI HOMSA BINTI MAHAMAD
 33)     USTAZAH NOR AISYAH ATIQAH BINTI AZIEH
 34)     USTAZAH NOR ASIKIN BINTI MOHD YAH
 35)     USTAZAH NORAIDA BINTI MOHD SABERI
 36)     USTAZAH NORANIZA BINTI DOLLAH
 37)     USTAZAH NORBAITI BINTI HAMZAH
 38)     USTAZAH NORHIMAH BINTI MUDA
 39)     USTAZAH NUR ADAWIAH RABIATUL BINTI ABD JAMAL
 40)     USTAZAH NUR ZAHIDAH BINTI ZULKIFLI
 41)     USTAZAH NURUL HUDA BINTI NAZLAN
 42)     USTAZAH SITI ALIAH BINTI ABDUL WAHID
 43)     USTAZAH SUNIZA BINTI SAHBUDIN
 44)     USTAZAH YUSRA ILYANI BINTI FARIDZUL-IZAN
 45)     USTAZAH ZAIDAH BINTI HUSIN
 46)     USTAZAH ZAMILA BINTI AZIZ
 47)     CIKGU IZANI BIN DAUD
 48)     CIKGU KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH
 49)     CIKGU KHAIRUL AZHAR BIN ABDUL MAJID
 50)     CIKGU MOHD HANAFIAH BIN HASAN BASRI
 51)     CIKGU MOHD RAZALI BIN ABD RAHMAN
 52)     CIKGU MUHAMMAD FAISAL BIN EMRAN
 53)     CIKGU AJIEBAH BINTI SHUKUR
 54)     CIKGU FASEHAH BINTI ABD MAJID
 55)     CIKGU HAFIZAH BINTI MUHAMAD KASIM
 56)     CIKGU IMTINAN BINTI BAHARUDDIN
 57)     CIKGU NAZZATULSYIMA BINTI RAZALI
 58)     CIKGU NOR AQILAH BINTI MD HALIM
 59)     CIKGU NOR HAYATI BINTI ARIFIN
 60)     CIKGU NORSHIDA AZLINA BINTI ZAKARIA
 61)     CIKGU NUR KHADIJA BINTI MOHAMED NAZLI
 62)     CIKGU NURUL FARHANA HAYATI BINTI KARIM
 63)     CIKGU ROHAYU BINTI ESA @ NOH
 64)     CIKGU ROSLIZA BINTI ABD GHANI
 65)     CIKGU ROSMAWATI BINTI LIAS
 66)     CIKGU SITI AINSHAH ASHIKIN BINTI ZAINUDDIN
 67)     CIKGU NURUL HIDAYAH BINTI MOHD RODZI
 68)     CIKGU SITI ROHAIDA BINTI MOHD TAHA
 69)     CIKGU SITI ZAIDAH BINTI HASHIM
 70)     CIKGU VIZATA BINTI MOHD SAPIAN
 71)     CIKGU ZURAIMI BINTI SAMSUNI

MAKLUMAT KAKITANGAN

  1. ABDUL RANI BIN MOHD RAZALI
  2. KAMARULZAMAN BIN SHAH BUDIN
  3. MOHAMAD HAIRUL ISAM BIN MAT YASSIN
  4. MOHAMAD SYAZRUL HAFIY BIN AHMAD SHAHRUM
  5. MUSTAFA KAMAL BIN MAT JALUDIN
  6. SHAHRUL ALDZHA BIN AHMAD HANIFIAH
  7. ZUHAIRI BIN IDRIS
  8. AINI ROHA BINTI HARUN
  9. HASNIZA BINTI ABDUL HAMID
  10. MASTURA BINTI BADRUL HISAM
  11. SURAINI BINTI SABERI







 

LAGU SEKOLAH SMAKT

TAJUK            :           ILMU SULUH HIDUP
 
SMA  Al-Khairiah
Institusi Pendidikan Agama
Melahirkan Insan Yang Kamil
Seimbang Emosi Dan Rohani
 
Tekun Cekap Dan Amanah
Disiplin Istiqomah Dan Berkerjasama
Mesti Dipatuhi Wajib Dihayati
Warga Berwawasan Tunggak Keunggulan
 
Merilah Teman Semua
Murnikan Azam Kita
Mencapai Wawasan Negara
Menggapai Matlamat Bersama
 
Berusaha Dengan Sungguh
Tekal, Tekun
Jaya Dapat Dicapai
 
Warga Kita Didahulukan
Ilmu Agama Diutamakan
Agar Tercapai Impian
Matlamat… Ilmu Suluh Hidup 

SOALAN LAZIM

1.            S:        Bilakah tarikh pendaftaran permohonan kemasukan ke tingkatan 1 SMAN?

               J:         kebiasaannya pada pertengahan bulan Ogos setiap tahun. 
 
2.            S:        Bagaimana cara pendaftaran kemasukan ke tingkatan 1 SMAN?

                J:        Permohonan boleh dibuat melalui online ke http://esma.pahang.gov.my/
                          Bagi yang tidak mempunyai kemudahan Internet anda boleh bawa semua                                                 dokumen (salinan ic pel, ibu bapa / penjaga, keputusan UPSR & UPKK, slip gaji                                           ibu bapa / penjaga)  ke Sekolah yang dipohon untuk proses                                                                               pendaftaran permohonan.
 
3.            S:        Ke mana hala tuju pelajar sekolah agama selepas tamat belajar di SMAN?

               J:         LEPASAN PT3 & SMA
                           A)  Sek. Men. Agama
                           B)  Sek. Men. Harian
                           C)  Sek. Men. Berasrama Penuh
                           D)  Maktab Rendah Sains Mara
                           E)  Maktab Tentera Diraja
                           F)  Sekolah Pertukangan Perantis Tentera Darat
                           G)  Sekolah Menengah Teknik
                           H)  Sekolah Menengah Vokasional
                            I)  Aliran Sains Tulen di SMA Al-Khairiah
 
                           LEPASAN SPM
                           A)  Sijil Tinggi Agama Malaysia
                           B)  Institusi Pengajian Tinggi (Awam)
                           C)  Institusi Pengajian Tinggi (Swasta)
                           D)  Program Matrikulasi
                           E)  Politeknik / Program Teknikal & Latihan
 
                           LEPASAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA 
                           A)  Institusi Pengajian Tinggi (Awam)
                           B)  Institusi Pengajian Tinggi (Swasta)
 
4.            S:        Apakah perbezaan pembelajaran diantara Sekolah Agama dengan Sekolah                                                 Menengah Harian?

               J:         Pelajar di sekolah agama mempelajari 2 aliran mata pelajaran iaitu akademik dan                                      bouth yang diajar dalam bahasa Arab contohnya Feqah. Manakala sekolah                                                  menengah harian mempelajari mata pelajaran akademik sahaja.
 
5.            S:        Bagaimanakah cara pihak sekolah menentukan kedudukan kelas pelajar?

               J:         Kelas pelajar akan ditentukan mengikut keputusan peperiksaan mereka.
 
6.            S:        Bagaimana cara ibu bapa atau pelajar untuk menyemak keputusan peperiksaan                                        terkini?

               J:         Ibu bapa atau pelajar boleh melayari laman sesawang tersebut                                                                     http://esma.pahang.gov.my/frmPeriksa_sekolah.php
 
7.            S:        Adakah pihak sekolah menyediakan program atau seminar kepada pelajar?

               J:        Ya, pihak sekolah memang menyediakan program atau seminar kepada semua                                         pelajar terutama kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar pada                                      tahun tersebut.