Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SUMBANGAN ANAK PERMATA HATI (PERHATI) 2018

SMAKT –  Seramai 54 orang pelajar yang terdiri daripada Anak Permata Hati (PERHATI) telah menerima sumbangan anak yatim yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMAKT iaitu Ustaz Zaidi bin Ismail. Majlis sumbangan ini adalah di bawah tajaan orang persendirian.

Majlis ini telah diadakan seawal jam 10.00 pagi pada 8 Jun 2018 (Jumaat) bersamaan 23 Ramadhan 1439H yang lalu. Ianya telah diadakan di Dewan Al-Abqori SMAKT.

Turut hadir Penolong Pegawai Kanan Unit Naziran, Bahagian Pendidikan JAIP iaitu Ustazah Afidah binti Zakaria dan Penolong Pengarah Unit Ko-Kurikulum Dan HEP JAIP iaitu Ustaz Hairudin bin Kadir.

Tag: 2018 Program PERHATI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini