Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM USRAH GABUNGAN PELAJAR LELAKI TINGKATAN 1 DAN 2

Unit Usrah Badan Dakwah Dan Ibadah (BADIB) SMAKT telah berjaya menganjurkan satu perlawanan persahabatan futsal antara kumpulan usrah beserta Naqib. Perlawanan ini telah berlangsung di Gelangggang Futsal Asrama pada pukul 3.00 petang, bertarikh 26 Februari 2020. 

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk membina persefahaman antara adik-beradik usrah. Selain itu juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah boleh cemerlang dalam sukan. Ustaz Firdaus bin Azmy turut hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Tag: 2020 BADIB

0 komen

Sila berikan komen anda di sini