Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM MOH MAKAN DEGHIAN

SMAKT - Program Moh Makan Deghian anjuran pihak Asrama  telah diadakan dengan meriahnya pada 21 Julai 2018 (Sabtu) yang lalu. Program ini telah diadakan di Dataran Asrama. Seramai 480 orang penghuni dari Asrama Umar Abdul Aziz, Amru Ibnu Al-Asr dan Fatimah Az-Zahra’ telah menikmati kelazatan dan keunikan durian dari daerah ini. Pelajar juga turut dihidangkan dengan buah rambutan yang terdiri dari pelbagai jenis antaranya rambutan gading. 

Tujuan utama program ini adalah sebagai memenuhi salah satu aktiviti asrama serta dapat memberi peluang kepada mereka untuk menikmati keenakan raja buah ini secara percuma memandangkan mereka tidak dapat pulang ke kampung. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama penghuni asrama. Turut hadir Tuan Pengetua, GPK Kokurikulum, guru-guru dan warden serta kakitangan SMAKT untuk bersama-sama memeriahkan lagi program ini. 

Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan mereka mengucapkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak asrama diatas tajaan buah-buahan tersebut. 

Tag: 2018 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini