Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PERASMIAN 4K SESI 2018

SMAKT – Majlis Perasmian 4K tahun 2018 di peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno Temerloh iaitu Azril Rizal Yusof Bin Dato Sri Mohd Sarit. Pemukulan gong sebanyak 3 kali adalah sebagai gimik untuk Majlis Pelancaran 4K tersebut.

Majlis ini telah berlangsung selepas selesai sesi perhimpunan pagi pada 16 Mac 2018 (Jumaat), bertempat di Dataran Al-Muttaqin. Perasmian ini menandakan bermulanya kempen 4K iaitu kebersihan, kecerian, kerohanian dan keselamatan.

Majlis pada kali ini begitu bermakna sekali bagi semua warga SMAKT. Ini kerana buat kali pertama mereka bertaaruf dengan Tuan Pengetua baru yang sangat ditunggu-tunggu iaitu Ustaz Zaidi Bin Ismail. Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir adalah YDP PIBG iaitu En. Hassanudin Bin Salim dan Pegawai Perhubungan Sekolah.

Dalam ucapan Tuan Pengetua, beliau berharap agar semua warga SMAKT dapat menerapkan sikap untuk bekerjasama bagi mendidik diri tentang kepentingan menjaga keharmonian sekolah berteraskan 4K iaitu dari segi aspek Kerohanian, Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan.

Tag: 2018 Prgram 4k

0 komen

Sila berikan komen anda di sini