Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SEMINAR DAN BENGKEL KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN STAM 2018

SMAKT – Seminar Dan Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STAM) Tahun 2018 telahpun berjaya diadakan di Bukit Gambang Resort City Kuantan Pahang. Sasaran utama seminar tertumpu kepada 46 orang pelajar yang sedang menduduki tingkatan 6 di sekolah ini. Guru yang terlibat sebagai guru pengiring untuk seminar ini adalah Ustaz Syed Badrillah Bin Syed Mohamad, Ustazah Yusra Ilyani Bt Faridzul Izan dan Ustazah Nor Aisyah Atiqah Binti Azieh,

Bengkel ini diadakan selama 3 hari berturut-turut bermula dari tarikh 27hb hingga 29hb Julai 2018 yang lalu. Objektif utama seminar dan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar teknik-teknik menjawab soalan yang betul untuk mendapatkan  keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Berikut adalah senarai penceramah jemputan untuk seminar tersebut:
1.    Ustaz Hasanuddin bin Sudin – Arudh & Qafiah
2.    Ustazah Maizon binti Awang – Feqah
3.    Ustaz Zaid bin Suboh – Insyak & Mutalaah
4.    Ustaz Mohd Aidil Yusri bin Md Yusof – Hadis & Mustalah
5.    Ustaz Mohd Zaliki bin Kadir – Nahu & Sarf
6.    Ustaz Mohamad Syukor bin Ahmad Gundal – Tafsir & Ulumuhu
7.    Ustaz Anuar bin Daud – Al-Quran & Tajwid
8.    Ustaz Muhammad Izzat bin Mustafa – Tauhid & Mantiq
9.    Ustaz Ruzlan bin Abdul Rahman – Adab & Nusus

Tag: 2018 seminar stam

0 komen

Sila berikan komen anda di sini