Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

TEMU UJI PERMOHONAN KE TINGKATAN SATU SESI 2018

14 Oktober 2017, Sabtu: Temu uji permohonan kemasukan ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh telah dijalankan pada 14 Oktober yang lalu dengan jayanya. Ianya dijalankan serentak di 17 buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN).

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), diketuai Penolong Pengarah Ustaz Lebai Idris Ali bersama pegawai dan penyelia dari Bahagian Pendidikan JAIP turut turun padang secara serentak pada hari tersebut untuk memantau kesemua sekolah agar temu uji berjalan dengan lancar.

Sebanyak 17 buah kelas telah disediakan oleh pihak sekolah bagi keselesaan semua pelajar yang menduduki temu uji tersebut. Jumlah keseluruhan calon permohonan ke tingkatan satu sesi 2018 yang telah disahkan permohonan secara online ke SMAKT adalah seramai 792 orang. 

Temu uji ini diadakan sebanyak dua sesi iaitu di sesi pertama calon dikehendaki menduduki Ujian Bertulis (Al-Quran, Pengetahuan Agama Islam, Tauhid, Feqah, Sirah Dan Tulisan Jawi). Kemudian di sesi yang kedua pula calon dikehendaki menduduki Ujian Lisan (Bacaan Al-Quran dan Bacaan Jawi) dan calon dibenarkan pulang selepas selesai menjalani Ujian Lisan. Semoga kejayaan menjadi milik mereka.

Tag: TEMU UJI smakt Aktiviti 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini