Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 ASRAMA PUTERI

12 Januari 2019, Sabtu: Program Minggu Orientasi untuk pelajar tingkatan 1 Aspuri bagi sesi 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini dijalankan selama 3 hari bermula dari 11 Januari sehingga 13 Januari.

Antara objektif program ini adalah untuk merapatkan ukhwah antara pelajar asrama serta mendedahkan mereka dengan budaya dan persekitaran kehidupan di asrama. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya ice breaking, malam warna-warni, aktiviti rempuhan, night walk dan running muslimah.

Apa yang diharap semoga program seumpama ini dapat memberi kesan yang positif untuk membentuk jati diri pelajar agar lebih cekal dan berstamina dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya Warden dan AJK Asrama kerana telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan dan merencanakan program ini dari awal hingga hari terakhir.

Tag: 2019 Orientasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini