Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SEMINAR KECEMERLANGAN SPM MATAPELAJARAN PERNIAGAAN TAHUN 2018

SMAKT – Seminar Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi matapelajaran Perniagaan Tahun 2018 telahpun berjaya diadakan di Dewan Pusat Bahasa, Sekolah Menengah Agama Al-Wosto. Bengkel ini telah diadakan pada 27 Julai 2018 (Jumaat) yang lalu. Seminar ini telah diadakan selama 2 jam bermula pada pukul 3 petang dan berakhir pukul 5 petang. Peserta terdiri daripada 26 orang pelajar dari SMA Al-Khairiah dan 23 orang lagi pelajar dari SMA Al-Wosto.

Seminar perniagaan ini telah disampaikan oleh Cikgu Mohd Daud Bin Salleh. Objektif seminar dan bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan teknik menjawab soalan kertas 2 dengan betul. Bengkel ini juga dapat membantu para pelajar merancag strategi yang betul untuk menjawan soalan peperiksaan.

Semoga dengan izin dari Allah S.w.t, semua pelajar yang terlibat (SPM 2018) akan mendapat A+ dalam semua matapelajaran yang diambil (SPM 2018). Insya Allah

Tag: 2018 spm bengkel

0 komen

Sila berikan komen anda di sini