Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LADAP SIRI 1

SMAKT – Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) siri 1 bagi guru-guru dan kakitangan sekolah ini telah berjaya diadakan pada pukul 3.00 petang pada 4 April 2019 (Khamis) yang lalu, bertempat di Dewan Al-Abqari SMAKT. Taklimat LADAP ini telah disampaikan oleh tuan pengetua SMAKT iaitu Ustaz Zaidi bin Ismail.
 
Kursus LADAP kali ini lebih tertumpu kepada bagaimanakah cara untuk membuat semakan  terkini sukatan mata pelajaran yang telah diajar secara individu yang lengkap dan sempurna. Semua guru dikehendaki membawa Laptop, semakan dan sukatan pelajaran masing-masing.

Tag: 2019 ladap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini