Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PEMANTAUAN SPBT JPNP BERSAMA JAIP

SMAKT telah menerima kunjungan Pegawai Pemantau Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Ustaz Badrul Hisham bin Abdul Aziz telah mengiringi barisan Pegawai Pemantau dari JAIP iaitu Ustaz Lebai Idris Bin Ali dan Ust Hairudin bin Kadir. Manakala Pegawai Pemantau dari BBT KPM ialah Encik Mohd Anuar Bin Abdul Rani dan dari PPD Temerloh ialah Encik Zambrie bin Mohammed.

Pemantaun ini telah dijalankan pada hari Selasa bertarikh 15 Januari 2019. Beberapa perkara penting melibatkan SPBT yang  dipantau antaranya borang maklumat buku dan stok, fail maklumat buku teks dan stok buku.

Tag: 2019 spbt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini