Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA NAQIB ASRAMA DAN BADIB BERSAMA PELAJAR-PELAJAR KOMTAQ

 Program perlawanan persahabatan ini telah dilaksanakan di Kompleks Tahfiz Al-Quran Al-Qaradhawi (KOMTAQ)  Kerdau, Temerloh. Program ini telah dilaksanakan pada 2 Februari 2020 (Ahad) bersamaan 8 Jamadilakhir 1441H. Program ini adalah kerjasama diantara BADIB dengan Unit Ibadah Asrama. Ustaz Mohd Firdaus bin Azmy telah mengiringi para peserta ke program tersebut.

Sasaran utama program ini adalah kepada Pengerusi BADIB, Ketua Asrama, Exco Disiplin dan Ibadah Asrama serta Naqib BADIB dan Asrama. Program ini telah bermula pada jam 4.00 petang hingga 9.30 malam.

Objektif utama program ini antaranya ialah:
1)      Untuk membina Ukhwah dengan pelajar-pelajar dari KOMTAQ.
2)      Untuk membina silaturrahim diantara Naqib Asrama dan BADIB.
3)      Untuk bertukar-tukat idea dan pandangan sesame Naqib.
4)      Untuk membincangkan corak pengurusan yang terbaik.

Aktiviti yang dijalankan antaranya:
1)      Perlawanan persahabatan bola sepak.
2)      Kuliah Maghrib.
3)      Solat berjemaah.

Tag: 2020 BADIB

0 komen

Sila berikan komen anda di sini