Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

7 Januari 2018, Isnin: Satu majlis pelancaran Program ‘Jom Ke Sekolah’ dibawah anjuran Badan Disiplin SMAKT telah selesai dilaksanakan di Dataran Al-Muttaqin. Program ini telah dirasmikan oleh pegawai perhubungan sekolah iaitu Inspektor Norazan bt Hj. Mat Yusop.

Program jom ke sekolah ini adalah kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku di kalangan pelajar sekolah.

Objektif program ini adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang mantap antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah di samping  juga untuk membantu mencegah salah laku disiplin pelajar. 

Tag: 2019 Badan Disiplin SMAKT

0 komen

Sila berikan komen anda di sini