Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TOBUR SOBAHI & PERASMIAN DEWAN DATO’ MOHD GHAZALI

Pada 11 September 2019 (Rabu) bersamaan 11 Muharram 1441H telah diadakan Majlis Perasmian Program Tobur Sobahi dan Perasmian Dewan Dato’ Mohd Ghazali. Majlis perasmian ini telah bermula jam 12 tengahari dan telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Mohd Ghazali bin Abdul Aziz DIMP., AMP. Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).


SEJARAH ASAL-USUL DEWAN DATO’ MOHD GHAZALI

PEMASYHURAN NAMA DEWAN
Dewan Dato’ Mohd Ghazali diambil bersempena dengan nama Dato’ Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Pemilihan nama ini adalah sebagaipenghargaan keatas jasa dan sumbangan Dato’ Mohd  Ghazali yang tidak berbelah bahagi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan cemerlang di JAIP.


SEJARAH DEWAN DATO’ MOHD GHAZALI
Dahulunya dewan ini merupakan penempatan asrama bagi pelajar lelaki (Amru Al-As). Pada tahun 2018, semua penghuni asrama telah dipindahkan ke asrama di dalam kawasan sekolah. Pemindahan ini adalah untuk memudahkan pengawalan disiplin pelajar.   

Hasil dari perbincangan dengan pihak JAIP, dewan ini telah melalui 2 fasa. Dimana fasa 1 melibatkan naik taraf dewan sebagai pusat latihan bagi kegunaan warga Al-Khairiah dan JAIP. Manakala fasa 2 pula meibatkan naik taraf tempat penginapan bagi peserta kursus yang telah melibatkan kos lebih kurang RM80,000. 

Setakat ini, dewan Dato’ Mohd Ghazali telahpun menjalankan beberapa program dari JAIP, MUIP, PAID, JPN, PPD dan lain-lain agensi. 

Diharapkan agar dewan ini akan terus berperanan sebagai pusat latihan untuk semua warga JAIP secara khusunya dan agensi-agensi luar secara amnya.

Tag: 2019 Aktiviti

0 komen

Sila berikan komen anda di sini