Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

LAWATAN SAMBIL BELAJAR ANAK PERHATI TAHUN 2019

Seramai 12 orang peserta (PERHATI) tingkatan 5 dari SMAKT telah berpeluang menyertai Lawatan Sambil Belajar selama 2 hari ke Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Serdang. Lawatan ini telah diadakan pada 27 dan 28 Jun yang lalu. Ustazah Suriyati bt Kaspan dan Ustazah Nor Aniza bt Dollah selaku guru PERHATI telah mengiringi pelajar ke lawatan tersebut.

Lawatan ini adalah dibawah anjuran PERHATI Daerah Temerloh. Objektif utama lawatan ini adalah untuk untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada pelajar-pelajar tentang program yang ditawarkan di UPM, serta memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk merasai suasana sebagai pelajar kampus di pusat pengajian tinggi.

Aktiviti yang dijalankan anataranya motivasi, aktiviti teknikal dan ceramah mengenali U.

Tag: 2019 perhati

0 komen

Sila berikan komen anda di sini