Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PERSARAAN & PERPISAHAN

Selasa, 21 Mac 2023 : Satu Majlis persaraan dan perpisahan guru telah diadakan di dataran Al-Muttaqin bagi meraikan lima orang guru yang telah meninggalkan bumi Al-Khairiah. 
Antara guru yang diraikan ialah Ustazah Siti Arma binti Abd Mutalib yang bersara wajib. Manakala  Cikgu Mohd. Fairuz bin AB Kudus, Ustazah Norazila binti Zulkipli, Ustazah Fatimah binti Abdul Karim dan Cikgu Vizata binti Mohd Sapian akan berkhidmat di tempat baharu.
 
Semoga guru-guru yang menamatkan perkhidmatan mereka di SMA Al-Khairiah akan terus cemerlang dalam apa jua yang mereka lakukan. Terima kasih diatas jasa dan bakti kalian menyumbangkan ilmu yang sangat bermakna di bumi SMA Al-Khairiah. Kami sangat menghargai jasa kalian.

Tag: 2023 PERPISAHAN GURU

0 komen

Sila berikan komen anda di sini