Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

BENGKEL TAHSIN AL-QURAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) TAHUN 2018

SMAKT - Bahagian Pendidikan JAIP telah menganjurkan Bengkel Tahsin Al-Quran bagi calon-calon Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun 2018. Bengkel Tahsin bagi Zon 3 telah berjaya diadakan di SMA Al-Wosto bermula 20 hingga 22 April 2018. Sebanyak 6 buah sekolah dari Zon 3 telah menyertainya iaitu SMA Al-Wosto, SMA Al-Khairiah, SMA Chenor, SMA Al-Ittifaqiah Guai, SMA Pelangai dan SMA Darul Naim.

Seramai 30 orang pelajar tingkatan 4 dari SMAKT telah turut sama mengikuti bengkel tersebut. Semoga program ini akan memberikan ilmu yang bermanfaat dan dapat memberikan banyak faedah kepada pelajar-pelajar yang telah mengikutinya dan diharapkan mereka juga akan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan mereka yang tidak berpeluang untuk mengikuti bengkel kali ini.

Tag: 2018 SMA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini