Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

PROGRAM MUKHAYYAM ARABIY 2019

Bahasa Arab merupakan bahasa yang Allah turunkan bersama-samanya Al- Quran. Kelebihan mempelajari Bahasa Arab memberi peluang kepada kita untuk memahami kandungan Al-Quran. Justeru untuk menanamkan minat kepada pelajar untuk mendalami Bahasa Arab, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah menganjurkan Program Mukhayyam Arabiy selama dua hari di Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah (MaahadSAS) untuk 18 buah SMAN. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk dimanfaatkan oleh para pelajar.
 
OBJEKTIF:
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk:-
  1. Meningkatkan minat dikalangan pelajar kepada matapelajaran Bahasa Arab sebagai satu mata pelajaran yang menarik.
  2. Meningkatkan kemampuan pelajar dalam menguasai Bahasa Arab melalui aktiviti pertuturan, pendengaran dan permainan.
  3. Memupuk semangat kerjasama antara pelajar dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.
 
AKTIVITI:
Slot 1-  Taaruf & Modul Maharotul Kalam
Slot 2 - Latihan Kalam Jamaie
Slot 3 - Pertandingan Kalam Jamaie
Slot 4 - Cari Harta Karun
Slot 5 - Kuiz & Dam Ular
Slot 6 – Penilaian
 
SENARAI PESERTA DARI SMAKT:
  1. Ahmad Fakhrurazie Bin Ahamd Kamal
  2. Ahmad Nasrullah Bin Mohd Fairuz
  3. Aisyatul Humaira Binti Mohd Najib
  4. Nur Athilah Syahirah Binti Shamsul Faiz

Tag: 2019 mukhayyam arabiy

0 komen

Sila berikan komen anda di sini