Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2019

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Jumaat 28 Jun 2019 bersamaan 24 Syawal 1440H. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Majlis ini bermula pada jam 7.20 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri SMAKT disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan, namun kemeriahannya tetap terasa. Apa yang penting adalah objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga sekolah. Semoga ikatan ukhwah ini akan terus terjalin erat.

Tag: 2019 Program Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

0 komen

Sila berikan komen anda di sini