Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 2018

SMAKT – Mesyuarat Agung PIBG Kali- 34 sesi 2018 telah berjaya diadakan Di Dewan Utama SMAKT pada 11 Ogos 2018 (Sabtu), bersamaan 29 Zulkaedah 1439H yang lalu. Mesyuarat Agung kali ini berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. 

Tepat jam 8.00 pagi pendaftaran bermula. Pada tahun ini seramai 277 orang (ibu, bapa dan guru) telah mendaftar dan kehadiran sangat menggalakkan. Mesyuarat telah berlangsung tepat jam 8.30 dan berakhir kira-kira jam 10.30 pagi. 
 
Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34
i. Ucapan Pengerusi.
ii. Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33
iii. Perkara-Perkara Berbangkit
iv. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG.
v. Membentang Dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2017.
vi. Pembentangan Usul Dan Cadangan.
vii. Ucapan Penangguhan.

Tag: 2018 Mesyuarat Agung PIBG

0 komen

Sila berikan komen anda di sini