Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh

" Ilmu Suluh Hidup"

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2018

SMAKT – Pengawas merupakan kumpulan pelajar yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan pelajar-pelajar pilihan yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka juga merupakan role model kepada pelajar-pelajar lain. 
 
Objektif majlis perlantikan ini diadakan antaranya ialah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada pengawas-pengawas agar dapat melakukan tugas yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Pihak sekolah juga berharap semoga dengan pelantikan ini, semua pengawas dapat menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan baik untuk menguatkuasakan peraturan di sekolah tanpa rasa ragu.
 
Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SMAKT sesi 2018 telah diadakan pada hari ini (Isnin), bertarikh 5 Februari 2018 dan bertempat di Dataran Al-Muttaqin. Seramai 79 orang pelajar telah menerima Watikah Perlantikan Pengawas sesi 2018. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka.
 

Tentatif majlis adalah seperti berikut:

7.30am           : Ketibaan
                                    Encik Mohd Affendy Bin Mohd Saad
                                    Ketua Unit Pembangunan Manusia
                                    Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh
7.50am           :Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku,  lagu Negeri Pahang dan nyanian Lagu Sekolah
8.05am           :Ucapan Aluan Pengetua
8.30am           :Ceramah Keselamatan Disiplin
9.30am           :Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas oleh:
                                    Mohd Affendy Bin Mohd Saad
                                    Ketua Unit Pembangunan Manusia
                                    Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh
9.55am           : Bacaan Ikrar Pengawas oleh Ketua Pengawas 
10.15am         :Sesi bergambar dan majlis bersurai

Tag: 2018 Watikah Perlantikan Pengawas smakt

0 komen

Sila berikan komen anda di sini